Tuesday, February 14, 2012

2012

Salam tahun 2012.
(bulan February baru nak ucap salam 2012 kan? Tak kisah la asal masih dalam tahun 2012. Ngee~)

Ya ampun sekian lama tak update blog M.I ni, tau-tau dah masuk 2012 ye.:D
M.I akan cuba untuk meluangkan masa mengemaskini impian-impian M.I untuk tahun ini.

Okey untuk first entry tahun 2012 ni, M.I nak ucap syukur sangat-sangat kerana kehidupan M.I terasa lebih baik daripada tahun sebelumnya, dan M.I harap, kehidupan yang mendatang akan lebih baik. Memang itulah harapan dan impian semua orang kan? ;)

Alhamdulillah, salah satu impian M.I tahun lepas dah menjadi kenyataan. Sekarang M.I sedang berkhidmat di salah sebuah IPTA tertua di ibu negara. ;) Masuk bab IPTA ni, terus teringat BFF waktu belajar dulu. Dah lama tak gather-gather dengan mereka. Sangat rindu waktu belajar dulu! Banyak aktiviti kami buat sama-sama, termasuklah keluar pagi buta konon nak release tension di kedai mamak. Eh, itu bukan release tension namanya, itu tambah lemak!!! hehe... Ada plan untuk bercuti dan meluangkan masa bersama mereka nanti. Harap plan ini menjadi. Dulu kami bersama sebagai pelajar, dan nanti bila jumpa, masing-masing bertukar status sebagai pengajar. Mesti banyak cerita. 

Untuk first entry ni rasanya tak perlulah taip panjang-panjang kan. Just nak warm-up saja dulu. lalala~

Jumpa M.I di entry akan datang.

*One of our BFF still in UK. Hope she's doing well, there! Dan cepat-cepat habiskan Phd and join us, soon! :)

Monday, April 4, 2011

Menunggu & berharap~

Salam~


Terus menunggu dan berharap. Itu satu hal yang memenatkan dan menyiksakan bagi Miss Impiana. Tak tau pulak kalau bagi orang lain. Due dah lebih 2 minggu. Patutkah Miss Impiana terus berharap? Rasanya tak perlu kot. Okey, just forget it and proceed to another plan. Bismillah, moga-moga ada berita baik selepas ini. Ameen. :)


~Miss Impiana~

Friday, April 1, 2011

April is coming~

Salam~


Diam tak diam sudah masuk April rupanya. Sekejap je rasanya masa berlalu~ hmm... Miss Impiana tetap juga begini. Masih belum dapat pekerjaan yang tetap. -.- 
Terkadang rasa putus asa untuk terus mencari. Tapi bila fikir Miss Impiana punya banyak impian yang masih belum tercapai, diri akan berkobar-kobar semula. Semoga semangat Miss Impiana tidak mudah luntur dari dalam diri. :)


~Miss Impiana~





Saturday, March 12, 2011

Pesanan dari Unknown

To: Miss Impiana

Miss Impiana sayang. Sering-seringlah pesan pada hati, jangan mudah menangis dan bersedih untuk orang yang tidak sepatutnya. Saya akan sentiasa buat kamu gembira bila tiba waktunya. Sabar dan bertahanlah buat seketika. :)

From: Unknown


*****

Buat unknownku, 

Walau dimana jua kamu berada, Miss Impiana sentiasa doakan kesejahteraan kamu dan semoga pertemuan kita dipermudahkan dan diberkati oleh Yang Maha Esa. Terima kasih untuk nasihat itu. Miss Impiana akan berusaha untuk tidak mengecewakan kamu. :)

Sincerely,
Your Miss Impiana




p/s: Pesanan diatas sekadar untuk memujuk diri. Tiada kaitan dengan sesiapa ^^ 


Wednesday, March 2, 2011

PIANO~

Salam ceria~


Miss Impiana kembali menceriakan dirinya. Buat apa mau meratapi kenangan lalu yang mustahil dapat di undurkan kembali? Life must go on. Allah pasti sudah sediakan yang terbaik buat Miss Impiana. Apa salahnya untuk bersabar sedikit untuk dapatkan seseorang yang lebih baik. Tak rugi tapi berbaloi. Cuma perlu bersabar sikit ye Miss Impiana? ;) Miss Impiana bersyukur sangat di kelilingi dengan orang-orang yang sangat bermotivasi tinggi dan supportive. Thanks all. :* Ok tutup cerita pasal hal semalam. -end-


*** 


Miss Impiana teringin nak belajar main piano. Buat masa sekarang ni, ada dua lagu yang Miss Impiana nak mainkan sambil di iringi dengan nyanyian merdu Miss Impiana sendiri. *ahaks* Perasankan? Haruslah perasan kalau tak macam mana Miss Impiana sedar yang suara Miss Impiana merdu?


First song, Bunda by Melly Goeslaw. First time Miss Impiana dengar lagu ni dari seorang contestant Idola Cilik. She was dedicated this song on her mom's birthday. Serius lirik dia telah berjaya membuatkan air mata Miss Impiana menitis dengan sendirinya. Sangat mendalam bagi yang menghayati :) So, Miss Impiana pun menyimpan hasrat untuk mendedikasikan lagu ini buat mak Miss Impiana juga dengan lantunan not-not piano yang Miss Impiana mainkan sendiri :) 


Second song, Rindu Setengah Mati by D'Masiv. Alasan Miss Impiana nak belajar lagu ni sebab Miss Impiana suka lagu ni. Thats all :) Hmm.. Agak-agaknya Miss Impiana nak dedicate lagu ini ke siapa ya? Mestilah untuk orang yang Miss Impiana rindui tapi masih belum terfikir lagi nak dedikasikan ke sesiapa. ;)


Ada sesiapa tak yang baik hati nak ajar Miss Impiana lagu-lagu di atas? Sangat-sangat Miss Impiana hargai. Tapi, Miss Impiana tak ada piano pun kat rumah. hehehe... Boleh ke belajar tanpa ada piano? *ahaks* Makanya, Miss Impiana menyimpan hasrat dan duit untuk membeli sebuah piano kelak. Dengan adanya piano tu, Miss Impiana boleh mainkan macam-macam lagi lagu yang Miss Impiana mahu. Dan mungkin piano itu juga yang akan jadi teman Miss Impiana di kala lara sebab tabiat Miss Impiana suka meluahkan perasaan dengan nyanyian dan lagu-lagu :)


My wish: PIANO


~Miss Impiana~

Tuesday, March 1, 2011

1 MARCH YANG TIDAK MENGGEMBIRAKAN~

Salam tak berapa ceria~


Permulaan bulan baru yang tidak menggembirakan buat Miss Impiana. Biasanya apa yang sedang Miss Impiana alami ini hanya Miss Impiana dengar dari cerita-cerita kawan, hanya Miss Impiana tonton dari adegen-adegen dalam drama dan filem, hanya Miss Impiana baca dari novel-novel cinta. Tak sangka ia terjadi sendiri pada diri Miss Impiana. :'(
Tatkala membuka satu sampul yang dihantar oleh abang posmen sebentar tadi, dan melihat nama yang terpampang di kad itu berserta nama pasangannya buat hati Miss Impiana jadi sedih dan pilu. :'(


Adakah Miss Impiana seorang loser sebab tak dapat memenangi hati dia??? :( 


Lagu 'Pelamin Anganku Musnah' & 'Di Hari Persandinganmu' terngiang-ngiang di telinga.... :'( :'( :'( :'( :'(


~Miss Impiana~

Friday, February 18, 2011

NOTA RINGKAS DI PAGI HARI~

Salam ceria~


Pagi ini Miss Impiana di kejutkan dengan satu panggilan telefon. Agak gembira mendengar berita daripada si pemanggil. Walaupun pada mulanya agak was-was dan tidak pasti akan diterima atau tidak tapi tak ada salahnya untuk Miss Impiana mencuba. Mana tau ada rezeki Miss Impiana untuk kali ini. :)


Semoga ini merupakan satu permulaan yang baik untuk Miss Impiana. Amin :)


~Miss Impiana~